Jumaat, 20 Februari 2026

Selamat Berpuasa 1447h bersamaan Feb 2026





SELAMAT BERPUASA 2026

Alhamdulilah hari kedua berpuasa pada tahun ini 2026,saya perasan dah beberapa hari ini cuaca tidak panas sangat,hujan gerimis je disiang hari,dimalam hari pula angin sangat kuat,perasaan takut apabila dengar bunyi angin menderu sekali-sekali dari tingkap bilik,mendongak ke langit pada malam hari sangat tenang begitulah suara alam ciptaan ALLAH.

Apabila melihat,mendengar,berpikir tentang alam ini saya rasa sebak sangat kerdil rasa berdosa sebab Allah masih kurniakan tempat tinggal yang baik iaitu bumi ini untuk hambanya. Rasa sedih saya apabila segala kemudahan yang Allah kurniakan tetap disalahguna oleh segelintir manusia yang rakus menjadi hamba pada materialisme hamba pada bisikan syaitan musuh utama ini.

Ya ALLAH dibulan yang berkat ini kurniakan kami semua kefahaman ilmu pengetahuan,semoga ilmu yang engkau kurniakan menjadikan kami lebih beriman dan bertaqwa kepadamu Ya ALLAH,Jadikan kami semua penghuni syurga jauhi kami semua daripada sifat hasad dengki sesama kami,lindungi kami semua daripada fitnah yang sedang melata,jadikan kami semua(saudara sesama Islam)bersatu hati untuk membela agamaMU didunia ini,jadikan kami hambamu yang ikhlas.

Amiin  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan