Jumaat, 17 Oktober 2014
Pengalaman temuduga untuk Jawatan sebagai Penyelia Asrama N17
Hari ini nak berkongsi pengalaman ditemuduga untuk jawatan Penyelia Asrama N17 di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau sesiapa yang masih baru boleh rujuk ini www.spa.gov.my untuk maklumat lanjut. OKEY soalan-soalan yang ditanya bergantung kepada penemuduga itu..setiap orang tidak sama soalan ya..apapun saya nak berkongsi juga soalan-soalan yang ditanya pada saya semalam 16Okt2014 jam 8.15pagi.Soalan pertama dan kebiasaanya penemuduga akan suruh memperkenalkan diri .Soalan kedua Sanggup atau tidak jika bertugas di Sabah,Sarawak atau di kawasan terpencil? Soalan ketiga cuba awak terangkan apa yang awak tahu tentang jawatan Penyelia Asrama ni ? Soalan keempat Jika awak sebagai ketua yang menyelia beberapa orang staff di bawah awak,apakah tindakan awak jika staff itu keras kepala ,degil nak bagi arahan tapi dia nak tengok muka awak pun tak mahu ? Soalan kelima Jika awak sudah bertugas sebagai penyelia asrama apakah tindakan awak jika ada penghuni asrama yang histeri ? Soalan keenam apakah rukun iman bagi seorang Islam? Soalan ketujuh gaji anda sekarang Rm... Tapi bila dapat jawatan ini gaji anda lebih rendah lagi..sanggup atau tidak untuk gaji yang baru nanti ? Soalan terakhir saya ,saya bagi awak bercakap sebelum mengakhiri sesi temuduga ini ? ๐. Inilah soalan yang diajukan kepada saya mengikut nasihat orang lain soalan trik kalau tanya untuk ke Sabah Sarawak sanggup atau tidak ..jawapannya jawab Sanggup saje lebih berpotensi untuk lulus temuduga itu ..hehe tapi aku ini jawab dengan hati yang jujur dan ikhlas aku jawab tidak sanggup Encik..agak-agak apa keputusan temuduga itu nanti ya? TUNGGU sahajalah kalau ada rezeki adalah ...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan