Khamis, 6 November 2014

Pengalaman temuduga sebagai Jurupulih perubatan carakerja

Semalam 5 Nov 2014 jam 8.30pagi adalah tarikh temuduga aku untuk mengikuti latihan separa perubatan iaitu Latihan jurupulih perubatan carakerja.Aku ditemuduga oleh 2orang panel seorang dari pihak SPA dan seorang lagi dari pihak KKM.Berdebar la juga apabila masuk sahaja bilik E No.giliran 4 di Bangunan SPA putrajaya.Dipendekkan cerita antara soalan ditanya adalah..Seperti biasa perkenalkan diri anda? Soalan no 2 anda sedang berkhidmat di dalam perkhidmatan awam sekarang ini,sekiranya kami menawarkan latihan ini kepada anda cuti yang bagaimana layak untuk anda ? Cuti bergaji penuh? Cuti tanpa gaji ? Atau cuti-cuti lain yang ada didalam pekeliling perkhidmatan ? Soalan 3 anda sudah berkhawin sekiranya diterima masuk untuk latihan ini selama 3tahun anda tidak boleh mengandung,anda tahu ke tentang prosedur ini ? Soalan ke-4 apa perbezaan antara jurupulih perubatan anggota dengan jurupulih perubatan cara kerja ini ? Soalan ke-5 siapakah bakal pesakit@pelanggan yang akan mendapatkan perkhidmatan pemulihan carakerja ini? Soalan ke-6 bagi saya jenis-jenis penyakit tak berjangkit.Soalan ke-7 apakah penyebab sakit denggi? Bila waktu denggi aktif mengigit mangsa?Soalan ke-8 Siapakah Ketua setiusaha KKM? Siapa pula Ketua Pengarah Kesihatan ? Ini sahaja soalan yang ditanya lebih kurang 20minit juga berada didalam Bilik Temuduga itu..Nantikan sahaja keputusanya pada 8Disember2014 ini.Kalau dapat tawaran ini apa yang aku fikirkan ? 3tahun belajar? Anak aku siapa nak jaga sebab belajar sepenuh masa jadi pelajar semula kena duduk di asrama.Huwahh ..

1 ulasan:

  1. salam. .sy pn dpt jg iv ni. .soalan kamu ni agak sukar jga. .dapat jwb semua??

    BalasPadam