Hari ni cukup 15 Ramadhan ..dan cuma tinggal 2minggu lagi umat Islam akan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini 2015.Isikanlah baki Ramadhan dengan sebaik-baik amal dan ibadah.Mungkin kita tiada peluang lagi untuk menyambutnya pada tahun hadapan.Oh ya doakan negara kita ini MALAYSIA terus maju dan ekonomi terus kukuh,bukan mendoakan yang tidak baik untuk negara sendiri.Ingatlah kita masih aman jangan jadi perosak pada negara sendiri.Hentikan penyebaran palsu tentang negara ini,jangan jadi penyebar fitnah cyber.Akhir coretan jangan boros ketika berbelanja untuk sambutan Hari Raya ini,minyak pun dah naikkan 0.20sen semalam 1Julai 2015? So kenalah lebih-lebih lagi berjimat.Semoga pulang ke kampung dengan selamat dan kembali semula dengan selamat dan gembira .Selamat bercuti semua 😃
Tiada ulasan:
Catat Ulasan