Isnin, 31 Disember 2018
Kisah Aku Merawat Sakit Pinggang.
Setelah balik dari kampung sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri 2015 yang lepas.Dalam perjalanan balik didalam kereta aku diserang sakit pinggang yang amat sangat, sehinggakan tidak mampu untuk duduk dengan sempurna, dukung anak,memandu dengan baik, berjalan dengan baik, solat tidak boleh rukuk dan sujud seperti biasa,tidur pun tidak sempurna seperti sebelumnya.Seksa sangat apabila menghidap sakit pinggang ini. Pergi berjumpa doktor katanya aku tidak boleh mengangkat barang yang berat termasuk anakku sendiri yang seberat 11kg tu 😊Hampir satu bulan lebih juga aku menghidapnya sehinggakan putus asa dan mula fikir macam-macam penyakit berpunca dari sakit pinggang ni.Kalau setakat doktor ni dah 3 jenis klinik aku pergi semuanya bagi ubat penahan sakit dan ubat sapu tapi masih juga tidak elok.Bila bawa kereta Ya Allah rasa macam nak putus pinggang ni bila tekan brek dan clutch kereta aku tu (kereta manual) lagi bertambah parah apabila berlaku kesesakan lalulintas.Nangis pun tidak ada gunanya.Oklah ini antara cara aku pulih 100% daripada sakit pinggang yang lepas.Aku kongsi kat sini supaya boleh menjadi rujukan orang lain dan simpanan aku sendiri.Antara rawatan yang aku buat sendiri adalah : BERURUT : Aku pergi urut pinggang sekali aje MAKAN JAMU SYURGA WANITA , sebenarnya secara kebetulan aje aku pergi urut makcik tukang urut ini ada jual jamu-jamu so aku ternampak Botol Jamu warna pink tengok ada tulis untuk sakit pinggang,aku pun terus aje beli.TUAM PINGGANG: Selain itu aku beli tuam moden yang ibu-ibu dalam pantang selalu guna itu.Aku caj 5minit pastu tuam 1 badan lebihkan kepada bahagian pinggang.Ya Ampun best sangat bila badan ni dituam,rasa macam dapat tenaga baru dan boleh lena dibuatnya.Dan last sekali sebagai orang ISLAM kita kenalah memohon pada Allah supaya bagi kita kesihatan yang baik .Aku mohon dengan cara membuat solat Dhuha 2rakaat.Selepas solat Dhuha itu aku mohon pada Allah agar pulihkan sakit pinggang aku ,berikan aku rezeki kesihatan seperti sebelumnya.Alhamdulilah dengan usaha semua ini penyakit sakit pinggang aku ini baik seperti biasa .Dan aku yakin sangat punca aku sakit pinggang ini adalah berpunca daripada angin yang dah masuk dalam badan.Itu yang menjadi mudarat.Oklah kepada yang sakit pinggang itu boleh cuba iya..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan