Selasa, 24 Mac 2015

Proses Pengeluaran Wang KWSP Bagi Pekerja Berpencen

Kebanyakkan kakitangan awam yang memilih skim pencen akan menunggu tempoh bahagia mereka untuk membuat permohonan pengeluaran duit didalam akaun KWSP mereka.Duit kan ? Semua nak ..hihi ..Ok setelah dapat SURAT PEMBERIAN TARAF BERPENCEN daripada pihak SPA dan tiada lagi potongan Caruman KWSP didalam slip gaji masing-masing.Bolehlah bergegas ke cawangan KWSP terdekat untuk permohonan pengeluaran duit tersebut,Tetapi sebelum pergi tu pastikan anda dah download borang seperti di bawah ya : Ada 2 borang yang perlu diisi borang-borang ni boleh di muat turun didalam laman web kwsp iaitu di www.kwsp.gov.my dan 1 lagi borang iaitu borang LAMPIRAN A 
Perlu diingatkan tandatangan Ketua Jabatan hendaklah daripada pegawai kerajaan yang gred 41 ke atas ok..bawah  gred 41 tidak diterima di kaunter nanti.Ok setelah serahkan borang yang lengkap ini pegawai di pejabat KWSP itu akan bagi borang pengesahan penerimaan permohonan tersebut.Dan setelah itu tunggu sahajalah dalam masa 21hari berkerja untuk duit masuk ke akaun anda.Kalau rajin bukalah laman web KWSP tengok pada status pengeluaran samaada status ditulis DIDALAM PROSES atau LULUS.Kalau dah tertera LULUS tu dalam masa sehari insyallah duit dah ada dalam akaun.Bolehlah enjoy😃

2 ulasan:

  1. apa dokumen yg perlu d bawa? borang2 tu je kan??

    BalasPadam
  2. 21 hari ke? bukan 14 hari? lame nye...dlu sekejap je.. :(

    BalasPadam