Jumaat, 13 Disember 2024

Pengalaman Membaca Tulisan Jawi Klasik HIKAYAT ANAK MISKIN

    

Pengalaman Membaca Tulisan Jawi Klasik bertajuk 
HIKAYAT ANAK MISKIN

    Hari ini aku masuk pertandingan membaca tulisan jawi klasik,saje mencari pengalaman dan ini adalah kali pertama aku mengambil tahu tentang tulisan jawi klasik ini,sungguh tidak mudah untuk membacanya kerana tulisan jawi dahulukala sangat berbeza dengan tulisan jawi moden sekarang.
      

    Aku tulis disini disebabkan tidak ramai yang mengkongsikan tulisan jawi klasik ini jadi aku kongsi disini supaya jadi rujukan orang lain juga sekiranya ingin menyertai pertandingan membaca tulisan jawi klasik kelak.

    Syarat pertandingan ini markah diberi melalui kelancaran pembacaan,intonasi membaca,jalan cerita dan gaya persembahan tersendiri dan jurinya terdiri daripada wakil pegawai dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Artikel jawi klasik ini pula diberikan kepada peserta untuk membacanya selama 5 minit sebelum peserta naik ke pentas mempersembahkan bacaan mereka,
   

    Tersangat mencabar apabila pertama kali melihat tulisan jawi klasik dan hanya diberi masa 5 minit sahaja untuk melihatnya dan terus ke pentas untuk membacanya.Masa pertandingan ini kami semua peserta seramai 30 orang akan membaca naskah Hikayat Anak Miskin secara bersambung-sambung mukasurat sehinggalah mukasurat yang terakhir.Memang aku tidak dapat hendak membacanya dengan lancar dan aku bukanlah pemenangnya.

     Nah aku kongsikan contoh HIKAYAT ANAK MISKIN ini disini muka surat 16.

Selamat membaca semua












Tiada ulasan:

Catat Ulasan