Saya percaya daripada pembaca blog saya ni semuanya berhutang bukan? Majoritinya Hutang pertama yang kita buat adalah hutang pendidikan,hutang kedua hutang perkhawinan,hutang ketiga hutang kereta,hutang keeempat dan paling besar hutang rumah dan hutang seterusnya macam-macam lagi hutang yang akan dijual kepada rakyat marhean seperti kita.(sangat sedih)
Macam saya sendiri pernah buat hutang peribadi dan hutang pendidikan PTPTN tambah lagi hutang kereta viva ! Hutang-hutang ni berjaya dibuat ketika saya tidak mampu untuk membayarnya,ya dimata bank saya mampu untuk bayar tetapi secara peribadi hutang-hutang ni buatkan duit gaji saya makin mengecil.
Melalui kesedaran yang ada saya berazam nak bayar hutang ni semua secepat yang boleh ! Syukur alhamdulilah sekarang tiada lagi hutang ni ,berjaya saya bayar cepat beberapa tahun dan dapat sedikit diskaun.
Tips nak bayar hutang cepat?
Tips pertama :
Perlu ada kesedaran pasakkan dan niat tepat dalam hati nak bayar habis hutang ! Bukan dengan cara gali lubang tutup lubang cara ini salah hutang akan jadi lagi bertambah!
Tips kedua :
Perlu ada DUIT untuk bayar hutang kalau tiada duit itu yang hutang tak dapat dibayar,tolong bertanggungjawab dengan hutang yang dibuat bukannya menipu sana dan sini hutang tidak dibayar dosa menipu pula bertambah!
Tips ketiga :
Rentetan daripada tips kedua diatas perlu ada DUIT untuk bayar hutang tidak boleh mengharap gaji yang ada,memang tidak akan cukup !! Kalau mengharap gaji yang ada misi untuk percepat habis pembayaran hutang itu tidak akan berjaya,percayalah!
Perlu buat extra kerja untuk dapatkan duit tambahan saya buat extra kerja jual cookies,jual kuih puteri hipster untuk selesaikan hutang pinjaman peribadi dan PTPTN memang penat memang tidak cukup masa sebab saya ada kerja hakiki 8pagi-5pm ada keluarga mahu dijaga,tetapi pasakkan didalam minda susahpayah ini hanya sementara sahaja.
Tips keempat :
Setiap kali dapat duit tambahan@extra jangan belanja ke perkara lain terus sahaja transfer kedalam akaun bank pinjaman,sekurang-kurangNya dua minggu sekali bayar extra untuk pinjaman tu.
Jangan biar berlama duit itu bersama kita asingkan terus ke akaun pinjaman melalui cara ini pinjaman akan cepat habis dibayar lagi banyak untung lagi banyak bayaran pinjaman yang perlu bayar kedalam akaun pinjaman tersebut.
Melalui cara ini sahaja saya berjaya tamatkan tempoh pinjaman peribadi daripada 10 tahun ke 8 tahun sahaja begitu juga pinjaman PTPTN tamat awal 2 tahun sebelum tempoh sebenar pinjaman.
Alhamdulilah semuanya bermula daripada niat anda sendiri hendak seribu daya tak hendak seribu alasan akan diberikan.
Next misi saya mahu membantu suami habiskan bayar pinjaman perumahan secepat mungkin ,niat je dahulu nanti Allah tunjukkan jalan.
Cepat-cepat bayar hutang supaya tidak menjadi hamba kepada hutang.
Cepat-cepat bayar hutang supaya boleh gemukkkan simpanan jiwa pun tenang.
SEKIAN berjumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan