Isnin, 22 September 2014
Masalah Parking & Sikap Tolak Ansur.
Tengahari masa rehat hari ni jam 1pm .Dapat call dari pemilik kenderaan yang ingin keluar kan kereta dari parkingnya..sudah jadi kebiasaan di sini putrajaya..parking bersesak jika tidak mahu bayar duit parking dan jika mahu tempat parking dekat dengan opis terpaksalah bersesak pakat parking sama-sama..dengan meletakkan no.tel di dashboard jika ada sesapa nak keluar parking call saje no.tel itu..yang jadi masalah jika ada sesetengah manusia yang tak fleksible..Macam kejadian tadi selepas aku selamat keluar dari parking aku terpaksa menggunakan jalan sehala sebab ada kereta kancil yang telah halang laluan kanan aku,so tanpa rasa bersalah no.tel pun si pemilik kancil tidak sertakan..mungkin dia tidak pikir orang lain dan dia rasa kereta kancil dia kalau tercalar pun tidak ada apa kesan kerugian pada dia..Aku terpaksa mengambil jalan sehala dalam selang 2O buah kereta untuk sampai ke laluan penghujung..drive sampai ke penghujung jalan dalam selang 3buah kereta yang parking di kiri dan kanan jalan bertembung dengan sebiji kereta kelisa yang berkeras tidak mahu bagi laluan pada aku..soalnya kenapa aku menggunakan laluan sehala? Sedangkan kalau dia nak mengalah reverse sikit saje dah boleh bagi aku lalu..tapi dia berkeras tidak mahu reverse dan bagi lampu tinggi..aku pun dengan perasaan geram turun kereta dan minta dia reverse aku cakap memang salah aku sebab guna jalan sehala tapi aku tiada pilihan lain..lagipun laluan sehala dalam bangunan ini sahaja..so boleh bertolak ansur..tolonglah timbang rasa sikit..akhirnya dengan muka angkuh dia reverse dan masalah selesai.Kesimpulan di sini kita hidup saling memerlukan antara satu sama lain,jangan angkuh dan sombong di bumi Allah ini,jika buat sesuatu tindakan pikirkan masalah yang timbul pada orang lain.Insyallah kalau berbuat baik , hati tenang orang lain pun akan suka dengan sikap kita.Ada masanya kita perlu fleksible jangan nak ikut undang-undang sangat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan