Alhamdulilah setelah melalui kehidupan dua tahun lepas..berkhawin dan selamat melahirkan anak bujang yang kini berusia 9 bulan.Selepas melahirkan anak Allah menguji dengan kesakitan hampir setiap bulan sakit..selalu diserang Asma atau bahasa kampungnya Semput.Batuk terkokol yang berterusan sehingga malu untuk berdepan dengan kawan-kawan.,masyallah boleh dikatakan ubat-ubatan dah penuh tupperware..asyik menelan ubat setiap hari ..selera kurang sampai berat badan turun mendadak,muntah selalu,semangat hilang,macam-macam lagilah bila dah sakit tu ..sampaikan aku rasa mungkin masa aku dah sampai untuk aku pergi menghadap ilahi..Suami yang risau tak jemu bawa aku pergi klinik,aku mula rasa sedih sebab aku bukan isteri yang sempurna buatnye..mulalah rasa bermacam lagi yang tidak elok bermain di benak aku ini.Aku juga bersyukur nikmat yang Allah bagi pada aku ketika sakit ialah Jangan Berhenti Untuk Berdoa !! Doa yang membuat aku seperti hidup semula..setiap hari berdoa supaya Allah pulangkan kesihatan asal aku semula agar dapat aku menjaga suami dan membesarkan anak aku dengan baik.Alhamdulilah..alhamdulilah..sekarang kesihatan aku kembali kepada asal.Allah makbulkan doa aku dengan menghantar penasihat-penasihat yang baik tentang kesihatan aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan