Jumaat, 11 Oktober 2024

Janji Allah itu pasti ..Amalan bersedekah..


    Hari ini nak bercerita sedikit tentang sedekah.Pernah atau tidak duit tak berapa nak ada dalam poket tapi niat nak memberi itu ada..Teruskan memberi atau simpan saje duit itu untuk kegunaan kita kelak ? Kalau sedekah kat orang..kita pulak tak berduit ya tak ? Kang mati pulak takde duit nak    makan..bla..bla..entah apa lagi rasakan kat benak fikiran supaya batalkan sahaja niat nak memberi itu.

    Perasan atau tidak waktu-waktu sempit tiada duit ada aja orang minta sedekah takpun ada saja peristiwa yang membuatkan kita untuk bersedekah. Jadi bagaimana ? Beri atau tidak ? Jawapannya berikan sahaja yang termampu ada Rm10 sedekahkan RM 5,tiada duit ? Sedekah apa barang yang ada dengan ikhlas dan percaya Allah akan menggantikan semula dengan yang baru dan selalunya datang rezeki baru daripada sumber yang tidak kita      sangka.

    Insyallah.Jom jadikan amalan bersedekah setiap hari dan rasa apa yang Allah janjikan.   
                                                               

Tiada ulasan:

Catat Ulasan