Khamis, 17 Oktober 2024

Kisah Kuih Bakar dan Masalah Kemurungan.


    Kisah ini berlaku pada 12.10.2024 hari Sabtu niat nak bawa buah tangan untuk ziarah Tokandak yang sakit, aku dan suami mencari kedai menjual buah-buahan tapi tak jumpa yang jumpa kedai kuih bakar tepi jalan nampak kepulan asap membakar kuih itu buatkan kami berhenti untuk membeli.

    Aku turun kereta terus menuju ke jurujual kuih bakar itu pertama aku tanya berapa harga kuih satu keping dik? Dia dengan nada macam marah cakap harga dah ada kat depan kak tengoklah..aku pun baru perasa banner harga depan kedainya satu RM6 jadinya aku cakap nak beli 2 keping RM12,selepas itu aku bagi tunai RM100 dia kata takde duit kecil QR code je kak,aku cakap sekejap saya cari duit kecil masuk kereta aku ambil RM20(RM10+RM5+RM5).

    Jadi aku bayar RM15 baki RM3,adik yang jual ni cakap ada RM2 tak kak? syiling pun takpe aku cakap takde dah duit lain..selepas itu dia bagi aku RM5 takpe la kak saya halalkan je RM2 ni takpe takpe..aku pun niat tidak mahu RM2 yang dia bagi sebab aku fikir itu untung dia berniaga aku pun cakap ehh takpe dik bagi akak lagi satu keping kuih lagi dan aku niat nak bagi RM10 ni terus je baki RM dia tidak perlu pulangkan.

    Dengan tiba-tiba budak ni pegang kedua kepalanya kenapa ni kak? kenapa ni? saya tak faham!! dia terus menangis teresak-esak pergi kebelakang duduk mencangkung dan tunduk..aku pun terkejut juga tapi aku kekal tenang je,apa salah aku sampai budak ni menangis teresak-esak ni? Aku tidak marah pun tinggi suara pun tiada sama sekali

    Pekerja lain yang sedang bakar kuih itu perasan dia datang cakap maaf kak ,dia ada masalah sikit..ooo yeke? Takpe takpe saya faham terima kasih aku bagi RM10 dan ambil lagi sebiji kuih terus berlalu.

    Kesimpulannya aku dapati budak yang jual kuih ini ada masalah kemurungan,rendah diri ,panic attack mungkin untuk orang yang sihat kejadian macam tadi bukan masalah dan boleh diselesaikan dengan mudah,tapi bagi dia terlalu berat untuk diselesaikan dan dia anggap masalah ini berat sangat-sangat sampai boleh menangis teresak-esak dan terus meninggalkan urusniaga tadi.

    Saya doakan semoga adik tabah sihat dan pulihkan diri seperti biasa,setiap orang berbagai dugaan dan ujiannya begitulah kehidupan ini.

Sekian 

Jumaat, 11 Oktober 2024

Janji Allah itu pasti ..Amalan bersedekah..


    Hari ini nak bercerita sedikit tentang sedekah.Pernah atau tidak duit tak berapa nak ada dalam poket tapi niat nak memberi itu ada..Teruskan memberi atau simpan saje duit itu untuk kegunaan kita kelak ? Kalau sedekah kat orang..kita pulak tak berduit ya tak ? Kang mati pulak takde duit nak    makan..bla..bla..entah apa lagi rasakan kat benak fikiran supaya batalkan sahaja niat nak memberi itu.

    Perasan atau tidak waktu-waktu sempit tiada duit ada aja orang minta sedekah takpun ada saja peristiwa yang membuatkan kita untuk bersedekah. Jadi bagaimana ? Beri atau tidak ? Jawapannya berikan sahaja yang termampu ada Rm10 sedekahkan RM 5,tiada duit ? Sedekah apa barang yang ada dengan ikhlas dan percaya Allah akan menggantikan semula dengan yang baru dan selalunya datang rezeki baru daripada sumber yang tidak kita      sangka.

    Insyallah.Jom jadikan amalan bersedekah setiap hari dan rasa apa yang Allah janjikan.